Projek lain Joe_Hahn

Hahn ditampilkan dalam lagu Fort Minor berjudul "Slip Out the Back" dan "Move On" (lagu eksklusif Fort Minor Militia); runut-runut tersebut diterbitkan dan dinyanyikan oleh rakan sekumpulannya iaitu Mike Shinoda. Pada kedua-dua runut, Hahn turut melakukan "scratching" pada penghujung lagu. Dia turut membuat lagu remix bagi "Where'd You Go", yang dinamakannya sebagai "Where'd You Joe". Dia juga ditampilkan sebagai pemain turntable bagi lagu "It's Goin' Down" oleh The X-Ecutioners. Rakan sekumpulan Linkin Park Hahn iaitu Mike Shinoda, Dave Farrell, Rob Bourdon serta penyanyi utama Static-X, Wayne Static, turut membuat penampilan dalam video muzik lagu tersebut.

Hahn turut ditampilkan dalam album kompilasi Good Charlotte berjudul Greatest Remixes melalui lagu "The Young & the Hopeless".

Sebagai pengarah video yang berbakat, Joe bukan sahaja mengarah video klip untuk Linkin Park, tetapi dia turut sama mengarah video klip untuk Static-X, Story of the Year, Xzibit, X-Ecutioners, dan Alkaline Trio.

Hahn turut membuat sedikit kesan khas untuk siri TV The X-Files, diikuti filem Sphere dan Dune[2].

Sepanjang tahun 2005 hingga 2006, sementara rakan sekumpulannya Chester Bennington dan Mike Shinoda sedang sibuk dengan projek sampingan masing-masing, Hahn merakamkan satu filem pendek berjudul The Seed di Los Angeles, California, mula ditayangkan pada Mac 2008 dengan tayangan perdana dibuat di Festival Filem Antarabangsa Pusan. Hahn juga muncul sebagai pelakon sampingan oleh Filip Engström berjudul Little Pony. Pada tahun 2005, Hahn membuka sebuah kedai konsep dengan jenama Suru, terletak di Melrose Avenue, Los Angeles.